Testimoni ASTHMA LELAH HILANG dengan Omega Guard Shaklee !

Assalamualaikum...
hari nie fie nk share sikit tentang OMEGA GURD SHAKLEE dapat membantu hilangkn anak-anak kita dari asthma /lelah...haaa...pade sape2 yg xknl omega gurd, nie haaa omega gurd... (lihat pic dibawah).. hee~


banyak khasiat-khasiat omega gurd nie uollss...uolss leh baca kat sni manfaat-manfaat die... =)
haa...nie plak testi2 dari custmer yg sudah mencuba omega gurd..jom baca ..

Testimoni 1



Testimoni 2


 Testimoni 3


Testimoni 4



Testimoni 5

Testimoni 6



Luahan soarang ibu"Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun.Ketika anak saya genap 2 tahun saya mula memberi dia minyak ikan kod yang asli sebagai makan tambahan yakni suplemen.Adakah ia bagus dan digalakkan kerana saya pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa kita tidak digalakkan mengambil minyak ikan kerana ianya dihasilkan oleh hati yang merupakan orgn perkumuhan.Setelah terbaca artikel tersebut, saya mula rasa WASWAS dan berhnti memberi anak minyak ikan.Apakah artikel dan tindakan saya betul? "

Sebenarnya dalam minyak ikan kod terkandung vitamin A D dan Omega 3 termasuk EPA dan DHA.Tetapi kandungan vitamin A yang tinggi dalam minyak ikan kod mungkin toksik terhadap kanak - kanak.Kanak - kanak pada peringkat ini memerlukan nutrien bagi perkembangan otak. dan mata yang optimum, tetapi kandungan DHA dalam minyak ikan kod tidak mencukupi.Otak dan sel saraf mengandungi Asid lemak Tak Tepu Berantai Panjang.LCPs)yang sangat tinggi manakala DHA dan AA merupakan LCPs yang utama.DHA ialah komponen utama tisu otak dan retina mata.IA amat penting khususnya pada 2 tahun pertama dan peringkat awal kanak kanak apabila otak dan mata mengalami perkembangan yang pesat.AA dan GLA dari Omega 6 tidak kurang pentingnya.AA hadir dalam membran sel tubuh yang diperlukan untuk penghantaran mesej disepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal.AA juga juga penting dalam perkembangan penglihatan keupayaan belajar dan koordinasi DHA AA dan GLA diperlukan untuk perkembangan otak dan dengan sebab inilah formulasi gabungan omega 3 dan omega 6 penting semasa tumbesaran.

 Yang paling penting nak info semua ibu ibu ..Omega Guard shakle terbukti semulajadi dan bukan dari hati ikan kod(organ perkumuhan)

Kenapa Shaklee OmegaGuard? kerana Shaklee OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard adalah 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanafaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum dan bahan kimia industri yang sangat toksik yang terdapat dalam kebanyakan jenis lain.

Kenapa Shaklee OmegaGuard? kerana kandungan EPA dan DHA dalam Shaklee OmegaGuard adalah lebih tinggi.Anda boleh tengok perbezaan Shaklee OmegaGuard dengan brand lain.
Perbezaan ini di buat supaya kita tahu memilih yang mana yang terbaik untuk anak2 kita dan diri kita sendiri.




info dari en wikikiki:penting ni....baca jangan tak baca...


Omega-3 Perbaiki Fungsi Paru-paru

Pemberian makanan yang kaya akan omega-3 pada penderita penyakit gangguan paru-paru kronik (Chronic obstructive Pulmonary Diseases/COPD) dapat memperbaiki fungsi paru-paru penderita penyakit tersebut. Hal ini ditunjukkan dengan adanya penurunan serum, tingkat produksi lendir serta perbaikan gejala pada penderita COPD.

Penderita COPD sebagian besar adalah perokok dan COPD merupakan penyebab kematian nomor lima di dunia. COPD ditandai dengan radang kronik pada saluran pernapasan kecil di paru-paru dan menyebabkan produksi lendir yang berlebihan, pembentukan fibrosis terlalu banyak dan terjadinya degradasi protein (proteolysis).

Hasil penelitian yang membuktikan hal diatas dilakukan terhadap orang Jepang selama dua tahun dan telah dipublikasikan pada Jurnal Chest. Pasien secara random dibagi menjadi dua group. Group pertama diberi makanan yang kaya omega-3 dan PUFA, sedangkan group lainnya (group kontrol) hanya diberikan makanan normal tanpa pemberian makanan mengandung omega-3. Makanan yang diberikan terdiri dari campuran omega-3 dan omega-6, termasuk asam lanoleic acid (LA), alpha linolenic acid (ALA), docosahexaenioc acid (DHA) dan eicosopentaeoic acid (EPA).

Hasil penelitian tersebut diukur berdasarkan tingkat peradangan, kapasitas latihan dan tingkat pernapasan pendek. Setelah 15 bulan tingkat leukotriene yang menyebabkan radang menurun secara nyata pada pasien yang menerima diet kaya omega-3, pernapasan pendek juga menurun serta memperbaiki toleransi latihan. Sedangkan group kontrol yang tidak mendapat perlakuan omega-3 tidak menunjukkan per-
baikan. Para ilmuwan meyakini bahwa omega-3 PUFA mampu merangsang sel dan aktivitas gen serta memperbaiki peradangan sel lainnya.
Sebotol 90 biji
Retail Price: RM 136
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hubungi fie untuk tempahan dan maklumat lanjut.


Shanklee Natural and Organic supplement Online
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
Call : 019 4427459 [ fie]
Email : norhafira_90@yahoo.com
FB : fiebeutyskincare
https://www.facebook.com/fiera.vitac?ref=tn_tnmn
 "Sharing is Caring"

Menopous - Tanda, Gejala, Komplikasi


Apa itu menopaus?
  • Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid.
  • Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
  • Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopaus berlaku?
Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopaus berlaku sebelum usia 40 tahun? 
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopaus awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :
  • Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari.
  • Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
  • Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
  • Jangkitan viral
  • Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopaus? 
Tanda tanda menopaus terbahagi kepada:

Gejala vasomotor
  • Panas dan kemerahan dimuka.
  • Berpeluh
  • Denyutan jantung yang laju
  • Serangan kegugupan (panik)
  • Susah tidur
  • Gejala mental
  • Emosi yang berubah-ubah
  • Suasana perasaan yang berubah-ubah
  • Keletihan
  • Kurang daya ingatan
  • Mudah tersinggung
  • Kurang daya seks
  • Gejala saluran kencing/Urogenital
  • Kekeringan faraj
  • Kerap kencing
  • Kencing tidak terkawal
  • Penyakit tulang
  • Tulang menipis (osteoporosis)
  • Ketinggian badan mengurang
  • Kepatahan tulang

Lain-lain gejala
  • Kulit menipis ( atrophy )
  • Kehilangan anjalan kulit
  • Kulit kering
  • Rambut bertambah gugur
  • Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan di muka?
  • 85% wanita yang menopaus mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:
  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • Boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopaus?
  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis (Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh)
  • Angin akhmar ( stroke )
  • Adakah rawatan untuk tanda tanda menopaus? 

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
  • Makanan berkhasiat
  • Elakkan merokok
  • Selalu bersenam
  • Berfikir secara positif
  • Melakukan pemeriksaan Pap Smear
  • Melakukan pemeriksaan payu dara

Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopaus dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masalah kerap kencing, kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin. Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:
  • Krim faraj
  • Menanam
  • Pil
  • Suntikan
  • Tampalan
  • Memasukan alat vaginal ring

Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?
Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:
  • Pemeriksaan menyeluruh termasuk payudara dan pemeriksaan pelvis
  • Papanicolaou smear
  • Mamogram
  • Fasting lipid profile
  • Fasting glucose level
  • Liver function test
Bolehkah HRT menyebabkan barah payudara?
Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT

Apakah kesan sampingan HRT?
Kesan sampingannya termasuk:

Kesan sampingan ringan:
  • Payu dara sakit bila disentuh
  • Kekejangan
  • Membengkak
  • Murung
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Pendarahan dari faraj
  • Kesan sampingan berat:
  • Barah payu dara
  • Serangan sakit jantung
  • Angin akhmar (stroke)
  • Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?
HRT tidak sesuai digunakan apabila:
  • Mengandung
  • Penyakit hati yang aktif
  • Disyaki barah payu dara atau rahim
  • Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Di mana untuk mendapatkan bantuan?
Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.



Shanklee Natural and Organic supplement Online
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]
Call : 019 4427459 [ fie]
Email : norhafira_90@yahoo.com
FB : fiebeutyskincare
https://www.facebook.com/fiera.vitac?ref=tn_tnmn
 "Sharing is Caring"  '',

Radang Pelvis - Gejala, Komplikasi, Pencegahan

Penyakit radang pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi infeksi dan radang alat kelamin wanita. Ini termasuk radang rahim, tiub fallopian dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga boleh terkena penyakit ini. Sesetengah jangkitan disebabkan PID adalah melalui kontak seksual.

Penyakit radang pelvis terjadi akibat jangkitan oleh bakteria 'chlamydia trachomatis' melalui jangkitan kontak seksual. Sesetengah jangkitan ini adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hubungan kelamin. Antara bakteria yang menjadi menyebab adalah Chlamydia trachomatis (Hyperlink). Ia boleh memberi radangan kepada saluran Fallopian (salpingitis). Ini menyebabkan selaput tiub bengkak dan menyempitkan saluran tersebut. Embrio yang terhasil dari pesenyawaan akan tersumbat di tiub menyebabkan mengandung di luar rahim dan kemandulan.

Kalau rawatan tidak diberi, saluran tuib akan bengkak dan menghasilkan nanah. Nanah ini akan mengotori kawasan sekitar tiub dan ovari menyebabkan permukaan luar tiub melekat dengan organ-organ sekitarnya (seperti pundi air kencing dan usus).

Adalah dianggarkan 2% dari wanita akan mengalami PID tetapi ini mungkin satu anggaran yang kurang tepat kerana kebanyakkan wanita tidak mahu mendapatkan rawatan. Penyakit ini juga sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala bagi kebanyakan pesakit. 

Tanda dan Gejala
Gejala awal adalah gatal, iritasi dan lendiran yang berlebihan dari faraj dan salur air kencing. Ia berlaku diantara 7 hingga 21 hari (untuk infeksi chlamydia), dan 2 hingga 5 hari (untuk gonorrhoea). Agak biasa, kebanyakkan wanita akan mendapat lendiran dari faraj yang tidak berkaitan dengan penyakit kelamin tetapi jikalau lendiran ini berbau busuk dan gatal, lebih-lebih lagi beberapa hari selepas seks, PID patut disyaki. 

Penyakit radang pelvis menunjukkan sakit abdomen (perut) yang berterusan, sakit semasa ditekan dan demam sekali sekala. Sebagai tambahan, terasa kurang selesa atau juga sakit semasa mengadakan hubungan seksual. Kesan lain bakteria ini ialah barah di bibir, pada pintu masuk vagina. 

Jika jangkitan membabitkan lapisan rahim (endonetrium) mungkin terjadi pendarahan vagina di antara waktu haid. 

Sebab-Sebab
Sekurang-kurangnya 60% kes PID adalah dari penyakit kelamin. Bakteria Chlamydia trachomatis terlibat dalam lebih dari 50% kes-kes PID sementara infeksi Gonococcal (disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae) adalah yang paling kerap dijumpai di Malaysia. Lebih kurang 10% wanita dijangkiti kedua-dua bakteria sekali. Chlamydia trachomatis adalah jangkitan kuman yang paling kerap didapati di negara-negara barat lebih daripada 80% wanita yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti kerana hanya sesetengah pesakit menunjukkan gejala penyakit. Ini menyebabkan bakteria chlamydia merebak.
PID juga boleh didapati dari jangkitan usus yang bengkak tetapi ini jarang berlaku. 

Diagnosa
PID boleh didiagnosa dengan simptom dan pemeriksaan ginekologi. Pesakit akan mengalami demam dan swab kapas dari pangkal rahim dan faraj boleh menunjukkan kuman penyebab. Satu cara yang pasti untuk mendiagnosa PID adalah melalui pembedahan laparoskop (teropong ke dalam perut). 

Komplikasi
Komplikasi utama PID adalah mengandung luar rahim dan kemandulan. Dalam kes-kes yang tegar, pembedahan perlu dilakukan untuk mengurangkan lekatan (radang itu boleh menyebabkan permukaan organ-organ di pelvis melekat antara satu sama lain).

Kandungan luar rahim amat berbahaya dan boleh membawa maut disebabkan pendarahan yang banyak di dalam perut. Ini berlaku apabila tiub fallopian pecah. 
Rawatan 
Bakteria Chlamydia dan Gonorrhea boleh dibunuh dengan antibiotik yang sensitif kepada kuman tersebut. Tetapi kerosakkan kepada tiub dan organ-organ lain sukar untuk dirawat. 

Pasangan pesakit mesti dirawat sekali untuk menghindari jangkitan itu berulang. Ini penting memandangkan selalunya PID tidak menunjukkan apa-apa gejala. 

Bagi wanita yang berisiko tinggi seperti yang menggunakan alat mencegah kehamilan (IUCD), mereka digalakkan mengantinya dengan alternatif lain sementara mendapat rawatan. 

Pencegahan
Kondom adalah efektif dalam mengurangkan PID. Pesakit perlu menghubungi pasangan (atau pasangan-pasangan) yang mereka rasa boleh dijangkiti penyakit yang sama. 



Shanklee Natural and Organic supplement Online
ID : 890405
Wspp/Wechat/SmS : 018 7944479 [fie]

Call : 019 4427459 [ fie]
Email : norhafira_90@yahoo.com
FB : fiebeutyskincare
https://www.facebook.com/fiera.vitac?ref=tn_tnmn
 "Sharing is Caring"  '',
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!