Cara Makan Set Kesuburan untuk Hamil

 
 
hye kepada semua pembaca... =)  hari nie fie nk share sikit cara-cara macam mane nk ambil supplement shaklee untuk set kesuburan... set nie adalah amat sesuai bagi-bagi pasangan-pasangan yg masih mencuba dan berusaha untuk dapatkan anak.. terdapat pelbagai sebab kenapa anda tidak dikurniakan zuriat.. antaranya ialah  :
 
a) isteri ada masalah haid yang tidak tetatur, haid tidak datang dan hormone yang tidak stabil
b) salah sorang dari pasangan ade masalah
c) suami isteri yang tiada masalah, dh buat pemeriksaan, semua ok tapi belom ada rezeki 
d) isteri pernah hamil tp keguguran

ok.. disini fie nasiahatkan anda tidak boleh bergantung kepada supplement semata-mata untuk dapatkan zuriat taw..fie sarankan ape ape pun cubalah buat pemeriksaan awal dahulu ye disamping berusaha dengan supplement, tawakal, dan ikhtiar dgn cara lain....
 


Cara Makan Produk Shaklee  GLA Complex dan Vitalea Untuk Kesuburan
 

Fasa Pertama: Baru pertama kali makan GLA. Nak stabilkan hormon badan isteri semula. Vitalea makan sebiji sehari
  1. Makan Vitalea setiap hari. 1 biji selepas sarapan setiap hari. Jangan makan vitalea dengan makanan dan minuman berasaskan susu. 
  2. Kemudian makan GLA Complex 1biji selepas sarapan juga. GLA . Waktu malam sebelum tidur makan sebiji lagi GLA complex
  3. Bagi tujuan kesuburan,, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI.. Bagi bulan pertama, makan semasa hari pertama haid sampai period semula. Jangan berhenti makan masa period ya.
  4. Anda mesti ambil perhatian, semasa bulan pertama makan GLA, anda patut tahu bila tarikh anda sepatutnya datang bulan. Contohnya, bulan lepas kitaran anda 28 hari. Jadi bulan ni lebih kurang 28 hari juga.
  5. Kalau dah masuk 30hari tak period lagi, buat Urine Pregnancy Test. Kalau ujian UPT positif dan ada sah mengandung,terus BERHENTI MAKAN GLA ya.
  6. Kalau tak hamil dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat ke 2 pula
ok! bagi yg ade masalah period tidak teratur ,  makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa dalam list wajib ambil.



Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda.. nk tahu mcm mana cara tgk hari subur? lihat rajah dibawah ye...
nak tahu ape itu subur? kira waktu subur? klik sini yaa...
nk tengok testimoni pasangan yang berjaya hamil?? klik TESTIMONI ....
ok dah...kita masuk ke fasa ke dua plak k...


FASA KE 2: Lepas hormon badan dah stabil
  1. Kira berapa hari kitar period anda. Berapa hari? Untuk contoh nya kita ambil 30 hari ye.
  2. Kemudian bahagikan kitaran anda dengan 2. Contoh 30hari bahagi 2 ialah 15 hari.
  3. Insyaallah waktu subur anda pada hari ke 15 selepas haid.
  4. Makan GLA complex sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke 14. Sebiji sehari je ye
  5. Pada hari ke 15, JANGAN berhenti makan GLA. Vitalea masih makan macam biasa ya.
  6. Buat ujian UPT sekiranya haid tak datang macam biasa.
  7. Jika haid datang macam biasa, ulang FASA ke 2 ini sehinggalah hamil ya. Insyaallah. Jika anda hamil, terus STOP makan GLA.



Cara Makan Set Kesuburan Lelaki
  1. Makan 1 biji zinc complex SEBELUM sarapan
  2. Kemudian SELEPAS makan tengahari, ambil 2 biji vitamin E ya.
 



Kenapa Zink Mesti Di Makan Semasa Perut Kosong?

Cerita mudahnya, zink ni akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya anda sarapan sandwich, dalam tu ada keju dan minum teh tarik.

Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jika kita makan zink selepas makan, zink tidak akan diserap dan akan disingkirkan.



Jika kita makan roti dan bijiran lain semasa sarapan, contohnya cornflakes, koko crunch dan roti bijirin penuh / wholemeal.

Phytates dalam makanan tersebut akan bergabung dengan zink untuk menjadi bentuk yang sukar diserap badan.


Membazirkan. Sebab tu elok makan masa perut kosong. Sebelum kita amik sarapan.


Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Baca lebih lanjut tentang Cara Makan Zinc Complex Disini



Kenapa Vitamin E Elok Di Ambil Selepas Lunch?

Vitamin yang larut dalam Minyak dan lemak ialah A, D, E dan K. Kita akan makan makanan berminyak semasa lunch. Lebih mudah vitamin E larut dalam minyak dan diserap badan.

Selain zink dan vitamin E. COQHealth juga sangat bagus untuk kesuburan lelaki. Kenapa?


COQHealth akan membantu jantung kita beroperasi dengan lebih kuat. Bila jantung sihat kawan kawan akan menjadi lebih bertenaga. Takdelah rasa lesu je.


Jantung sihat dan kuat, oksigen akan cukup untuk semua sel dalam badan termasuklah dalam sistem pembiakan.


Cuma COQHealth ni alternatif saja. Ada budget lebih boleh cuba.


Itulah dia produk Shaklee khusus untuk SetKesuburan Shaklee Lelaki dan Suami


Perhatian Untuk Anda Semua
  1. Vitamin perlu dimakan menurut sukatan ya. Jangan terlebih dos yang ditetapkan. 
  2. Minum 3 liter air sehari.

nak tahu lebih lanjut? pm or wssp fie dekat 
  
018 7944479


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!