LAIN MACAM MENGANDUNG DENGAN ESP SHAKLEE



Kisah Doktor Mengandung bersama ESP
----

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.
Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??
Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi.

Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.
Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.
Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.
Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.
Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya ak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.
Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?
Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.
Staff mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.
Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. 

Saya enjoy mengandung.
Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.
Bila Allah tarik baru kita terasa.
Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

SID DR Hasifah, 
Happy Shaklee user







Masa mengandung, jumpa dr, mesti dapat Obimin..
Tau tak obimin tu supplemen?


walaupun org Malaysia panggil ubat tambah darah.
Tapi sayangku.


itu bukan ubat tapi supplemen.

Pernah tak ada anemia, kurang sel darah merah dan dapat B 12, vitamin C, Folic acid, iron?


Rakyat Msia panggil 4 serangkai?


Itu ubat tambah darah.

Tapi itu suplemen sebenarnya.


Pengambilan supplemen merosakkan organ?


Saya setuju dan tak setuju!!


Saya pernah menjadi anti-supplemen satu masa dahulu. Bukan kerana saya tak suka supplemen, tapi:


1)Saya anti supplemen yang tiada kajian dan pembuatannya dari bahan sintetik. Ini suplemen yang membahayakan kesihatan.


2)Saya anti penggunaan herba supplemen tradisional yang tak dikaji sepenuhnya dan diamalkan oleh masyarakat Malaysia secara overdose sehingga membebankan buah pinggang.


Pernah dengar Tongkat Ali? Akar dewa? Dan lain2?


3)Saya anti supplemen yg dicipta dibawah satu kilang dengan brand pelbagai. Tapi siapa saintis yang cipta produk ini. Apa bukti kualiti dan bebas side effect?


Saya akui the best source of vitamins are from natural food.
Kalau korang mampu amalkan makanan sihat, saya happy sangat dengan anda.


Tapi tak dapat dinafikan masyarakat Malaysia bukanlah pengamal makanan yang sihat.


Osteoporosis?
High cholesterol?
Kencing manis?
Ambik minyak Zaitun tak?
Kurang zat besi?


Sesetengah masalah memang perlukan supplemen.
Tak dapat dielakkan.


Tapi bukan semua orang perlukan supplemen.
Walaupun saya amalkan Shaklee kerana supplemen ini adalah dari organic, bukan sintetik.


Dicipta oleh pakar perubatan dan saintis diiktiraf dunia.
Serta dikaji side effect dan clinical effect on people after release.


Tak ada satu journal kaitkan dgn side effects.
Shaklee terjual di seluruh dunia even.


Kerana itu walaupun saya anti supplemen lain, saya hanya amalkan Shaklee.


Kalau ada saudara-mara saya amalkan supplemen lain, muka saya akan jadi bengis.


Kerana u r responsible on what you eat.
Kaji dulu sesuatu sebelum anda amalkan.
Kaji sendiri bukan dgr cerita orang yang tak pernah ada access to journal shaklee pun.


Jangan kerana marahkan orang jual, dibakarnya kilang..
Siapa kata supplemen merawat, memang salah!!


Siapa kata Vivix cure cancer, memang karut!
Take supplemen to be energetic and to stay healthier.
Jangan marahkan supplemen lain, dibakar semua supplemen terus.


Just because you hate something, doesn't give you the right to provoke others.
Sekian,
Master Cip
Anti supplemen tapi tak anti-Shaklee




Gelak tawa SHAKLEE~ SHAKLEE viral~

hai!

Assalamualaikum.

alhamdulilla siap berbuka dengan en comi~

hari ni kita berbuka dengan

⇨ nasi kerabu
⇨ ayam goreng
⇨ kueh
⇨ air milo
⇨ roti jala

pheew~kenyang yang amat.syukur.

erm...sekarang day by day nampak gayanya issue shaklee semakin hot!! PANAS!!!
scroll aje fb ka, page ka semua about shaklee~

issue viral ni kalau diikutkan bagus taw. semakin diviral semakin femes, so bila femes korang ghase??

semua product nak diviralkan .sebab apa, nak majukan, nak lariskan product deme. shaklee ni tak beganjak 1 pon langkah walaupon kome-kome duk viral yang bukan-bukan. sebab shaklee ni dah bertapak bertahun-tahun dan memiliki ujian clinical yang sahih bagi setiap vitamin.

kalau korang ghase korang tak percaya, ragu-ragu , korang dok usah lerr makan yep. tak rugi pon, sebab ramai lagi yang kat luar sana yang percaya teguh dengan shaklee.
Fie ni pon masih baru makan shaklee ni, baru (6 tahun) 

hari-hari dok telan benda alah vitamin ni.tak percaya?

hampa tengok bawah ni haaa...

ESP peberet jiwa raga..tak ada dalam pic sebab dia duk tempat tinggi di atas peti nun sana..malas pulak mek nk poi ambik.
hahaha.
kerana shaklee laa fie dapat selamatkan muka fie..even take time, slowly but proven menjadi dan selamat! alhamdulilla dengan izinnya..

FIERA DOLLAH

pada yang banyak cakap tu nie fie nak bagi sikit..heee~ 
nie fie ambik pic dari master herny.

^_________^
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
~HAHAHAHAHA~

kesian tak sempat cakap dah kena lempang.


yang issue rosak buah pinggang tu fie ada share pada post sebelum ni. explaination ada kat situ. baca yep. doc pon ada bagi penerangan.

BACA


Buah pinggang boleh rosak adalah bukan disebabkan oleh suplement. yang rosak adalah disebabkan gula! gula bahaya! makan dalam taw!
No automatic alt text available.
Tengok kat poster kat atas tu, mengatakan malaysia adalah no8 pembaham gula di dunia. Hambek kau, di dunia kot.

Then dekat link ni  www.kidneyfund.org plak  mengatakan DIABETES PUNCA UTAMA KEGAGALAN BUAH PINGGANG (ESRF/ESRD)

Image may contain: text
haaaa! korang dapat tak info?

CREDIT: MASTER HERNY


lekaih poi tengok kat meja ,dapur, peti korang ada berapa banyak gula?


so?


pandang-pandang dan selamat beramal.

^_______^



Fie

01879444479















SUPPLEMENT ROSAKKN HATI DAN BUAH PINGGANG?


Hai….hai..hai..


Assalamualaikum


Jumpa lagi kita pada hari ni di tengah hari yang indah ini. Cewahhh~ ^______^

Alhamdulilla hari ni masuk hari ke 11 puasa kan. Sekejap je masa berlalu. Syukur masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ni. Moga-moga ada sinar kebahagiaan di bulan Ramadhan tahun ni dan moga-moga cik fie cepat-cepat dapat anak. Amiin. Orang cakap bulan puasa ni doa mudah dimakbulkan, korang pon doakanla fie skali yep.😍


Oklah. Hari ni fie nak share sikit mengenai issue hangat dipasaran sekarang. Issue viral mengenai SUPLEMENT. Korang faham tak apa itu SUPLEMENT? Suplement itu bukan ubat taw. Suplement ni adalah makanan tambahan untuk mencegah kita dari penyakit, merawat, membantu kita untutk kekal sihat, cantik , menawan setiap masa. Kita perlu amal makanan tambahan/supplement sebelum kita terkena penyakit. Bukan makan bila dah sakit teruk baru nak cari suplement. Pastu bila makan 2, 3 hari tak dapat effect cepat salahkan suplement. Adil ke macam tu?


Suplement ni bagus jika kita amal dari awal. Sebab dia mencegah dari penyakit2 yang nak datang pada kita. Kita Cuma ikhtiar, yang lain kita berserah pada DIA. Dan bila kita dah terkena penyakit, suplement ni elok untuk MERAWAT, MEMBANTU untuk melegakan kesakitan anda tu. Tapi kesan dia kena la take time, sebab badan awak tu entah berfungsi elok atau tak. Suplement akan rawat step by step sebab tula dia take time untuk Nampak kesan. Selain itu awak kenala jaga pemakanan, persekitaran perlu bersih, minum air secukupnya, bersenam baru la cepat resultnya. Jangan ingat bila dah makan suplement hari ni esok terus sihat. Ni bukan barang kimia yang telan terus berkesan. Ok? Faham tak kat sini? 


Korang tu perlu faham betul-betul dulu. Kalau tak tahu bertanya, cari ilmu jangan jadi bodoh sombong duk share, viral hal entah apa-apa kesahihannya. 2, 3 menjak ni SHAKLEE dah jadi viral tetiba. Dulu pernah sekali viral mengenai seorang wanita share mengenai KANSER RAHIM dia mengatakan sebab vitamin shaklee. Bila HQ ambil tindakan, terus padam post dan minta maaf. So dari situ kita dah Nampak dah kan.


Sekarang plak dok viral mengenai VIVIX, HERBA LAX, dan macam-macam lagi. Kalau hampa rasa hampa dok caye hampa tak usah la makan. Ni dak, ntah2 yang duk viral, duk share tu la yang duk amal Shaklee. Kan kan.betul x?

ni la contoh 2,3 kerat yang dok viral.


  

Ni fie nak share sikit penerangan dari MASTER-MASTER yang berilmu dalam nutrisi,


                               

                             " SUPPLEMENT ROSAKKN HATI DAN BUAH PINGGANG?"

Sya ucapkn timakasih pd para Doktor perubatan yg prihatin pd masalah pesakit yg dtg bjumpa sbb amik salah supplements.

Bahkan yg lebih parah dan lebih ramai pesakit yg dtg rosak organ tubuh sbb amik bahan kimia dlm junk food dan makanan proses.Ada jga yg rosak organ sbb amik ubat yg salah.

Ramai kwn2 Doktor sperjuagan dgn sya semasa menuntut d Australia dulu menasihati yg sama.Mereka skrg sudah mjadi Profesor dan pengarah hospital.

Apa yg Doktor cakap tu betul bg supplement yg tidak asli dan tidak di uji secara klinikal.

Sejak 100 thn dulu shaklee mperjuangkn falsafah dan perinsip"back to Nature" dan "Products In Hormony With Nature And Good Health"..

Para full time saintis yg lebih dr 70 org terdiri dari pakar yg di iktiraf dunia perubatan(Scientific Advisory Board ).

Dlm buku Why Shaklee dan The Shaklee Difference ...Dr Bruce Miller(telah buat pyelidikan n kajian selama 30 thn) telah merumuskn 6 sebab kenapa dia endorse shaklee corporation(pd mulanye dia spt professional lain anggap sume supplement sama)

Shaklee telah wujud hampir 30 thn d bumi Malaysia dan telah mbantu ramai insan kecapi hidup yg lebih sempurna.Blum ada kes yg mengaitkn shaklee dgn keroskan organ dan buah pinggang.Klu ada kes pun sbb pesakit jga amik products yg pelbagai sblm ni.

Sya dan beribu ahli shaklee telah mgamalkn secara "mega dosing" lebih dr 25 thn..kesanye makin sihat dan tiada isu spt d atas.Klu ada kami ni yg kena dulu..sbb ada yg amalkn sampai 100 tablets sehari selama berpuluh thn!!

Smga pjelasan ni dpt bri sedikit pencerahan.

Anda sendiri leh geogle website shaklee dan scientifics papers dlm journal2 antarabangsa yg terkenal spt JAMA,Lancet dsb..lebih dari 100 published peer reviewed papers telah di published.

RUMUSAN PENTING:

Supplements penting
Yg lebih penting pilih yg tepat.

SHAKLEE: Always SAFE Always WORK Always GREEN



ok, dapat hadam? bawah ni plak penerangan dari Dr. Norman Norawi. Beliau mengatakan buah pinggang rosak adalah disebabkan GULA bukan SUPPLEMENT. sebab tu la hari hari tv duk iklan kurangkan gula dalam makanan.

Then dr juga mengatakan bahawa, dalam silibus kedoktoran tak ada mengenai suplement. means doc -doc kat luar sana semua tak semua mahir bab suplement. bukan fie yang cakap tapi Dr sendiri taw.
malahan sekarang kat luar sana ramai yang resign jatawan doctor dan join shaklee, then ada juga yang buat part time in shaklee .nak tahu sebab apa? sebab mereka dah kaji yang shaklee ni non -chemical dan selamat untuk diamalkan.







kalau korang nak tahu ni salah 1 yang doctor yang sudah FALL IN LOVE with shaklee.
kalau shaklee tak elok ,jadi kenapa mereka join shaklee. Betul tak?
korang fikirla sendiri ep. 



korang tu.dapat tak info yang fie show tadi? ok! ni plak fie nak share expaination dari our master plak.

Disebabkan Shaklee terlalu famous, jadi sentiasa di-viralkan, sy rasa ni perkara bagus ye :p

Sesetengah doctor kata suplemen bagus, sesetengah pulak kata suplemen bahaya. Pihak mana yg betul?

Dua-dua pihak PUN BETUL! Some doctor kata suplemen menjejas kesihatan kita, yes MEMANG ada JENAMA LAIN di pasaran mengandungi macam bahan kimia yg merbahayakan seperti pengawet, pewarna, dll. Ada juga doctor yg mengamalkan dan syorkan suplemen Shaklee, sebab mereka telah mengkaji lebih lanjut tentang ketulenan produk shaklee.

Walaubagaimanapun, jika doctor (ataupun mana2 pihak) yg belum cuba sesetengah produk
cadangan beliau hanya sesuai utk RUJUKAN. Cth, pernah ada seorang pegawai kata rakyat manusia boleh hidup dengan tanaman sayur Kangkung sendiri. Ni benarka pada hal org tu tak pernah hidup dgn tanaman sendiri (just contoh, tiada unsur politic here).

Adakah suplemen shaklee selamat diamalkan secara long term, tanyalah dgn pengunna yg dh lama amalkan. Family sy telah amalkan suplemen shaklee more than 20 years. Dan juga dr k.sow dlm video ni, telah amalkan suplemen shaklee 300biji++ setiap hari selama 20lebih tahun. Ni real testimonial membuktikan segala doubts in you
😚💖

Selamat Ber-Shaklee.






hurm...okla saiyang. setakat ni jela fie share ep.kita jumpa lain kali plak k.
fie nak rest sekojap..heee~

bye-bye.. nak shaklee? hello-hello la fie yep.







Fie
0187944479




Tanda-tanda awal kehamilan~

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Alhamdulilla hari ni hari ke-4 kita berpuasa. Syukur sangat sangat sebab masih diberi peluang untuk bertemu bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je kahwin (*perasan pengantin baru).. HAHAHA~😂
Hurm..bila dh kahwin ni kan, dalam kepala tak  ada dah fikir benda lain , fie fikir nak anak je.korang macm tu jugak ke??kalau ye kita geng!!🙋
Bila tengok orang bunting pelamin alahai beruntungnya. Dalam hati kadang2 terdetik alangkah bahagianya kalau fie pon macam tu jugak. Tapi perancangan ALLAH lagi hebat. Mungkin belom masanya lagi untuk fie dan en comi jadi parents. Tahun ni tahun fie TTC (Try To Conceive) bersungguh-sungguh. Now almost 5months selepas keguguran (maybe) pada tahun DEC 2016. Nak tahu kenapa maybe?? Nanti next entry fie citakan kisah sedeh ni.
Kalau dikira dah 2 kali macam ni. Peggy or miscarriage?? huwaaaaa~ im don’t know. Kalau boleh nak menjerit je kuat-kuat biar lega. Hanya Tuhan je yang tahu betapa stressnya fie. Fie tak tahu ape masalah dalaman fie sebanarnya. Dah macam macam cara dah cuba, tapi fie redha, fie percaya one day fie akan dapat berita gembira itu.
Hari ni fie nak share sikitla tanda-tanda awal kehamilan. Kot-kot boleh jadi panduan untuk awak semua. Fie google dan study, yela bila tengah TTC ni segala ilmu perlu ada kalau tak celaru nanti taw!
Tapi ni hanya tanda-tanda yang selalu orang alami, but depends jugak some people tak alami pon tanda ni still juga preggy. Ada yang alami tapi tak dapat detect pon ada.
Korang baca la yep~

Kalau baca then betul uolss tengah alami symptoms ni jangan la plak senyum sorang sorang, kan orang Nampak dicakap kita senget plak..hahaha~

18 Petanda Awal Kehamilan 

ok jom kita baca tanda-tanda awal kehamilan sebelum period kita datang ~ kalau dah terlepas period memang kemungkinan besar mengandung la kan? InsyaAllah..
 

DOA BANYAK BANYAK 


1. Kekejangan

Ramai wanita berfikir bahawa kekejangan adalah tanda bahawa haid anda bakal tiba tetapi ia sebenarnya salah satu tanda awal kehamilan. Sewaktu embrio sedang mengimplan ke dalam rahim anda, anda mungkin terasa kekejangan. Ia dengan mudah boleh disalah anggap sebagai PMS atau senggugut

2. Payudara rasa sengal atau nyeri

Sesetengah wanita mendapati payudara apabila mereka rasa sengal apabila mereka sedang berovulasi dan sewaktu haid. Payudara yang sengal juga merupakan tanda awal kehamilan. Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi. Hormon-hormon ini adalah hormon yang sama yang menyebabkan payudara sengal walaupun anda tidak hamil, tetapi di awal kehamilan, perubahan hormon adalah lebih kuat berbanding semasa haid. Perubahan hormon pada awal kehamilan menyebabkan aliran darah ke payudara anda meningkat dan boleh membuat payudara berasa lebih sensitif dan bengkak.

3. Keletihan 

Pernah tertidur semasa cerita kegemaran sedang bersiaran? Atau secara tiba-tiba terasa nak sangat tidur sekejap waktu petang? Haaa.. Keletihan adalah salah satu daripada petanda kehamilan! Tahap progesteron yang meningkat boleh membuat anda merasa letih. Sesetengah wanita akan terasa letih seawal seminggu selepas ovulasi. Selepas ovulasi tahap progesteron anda tetap meningkat tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, tetapi jika anda tidak hamil tahap progesteron anda akan jatuh kembali dan memberi isyarat bahawa kitaran haid yang seterusnya akan bermula. Jika anda mula berasa letih selepas ovulasi dan keletihan ini menjadi lebih teruk, ia boleh menjadi tanda awal kehamilan.


4. Loya

Loya boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita akan mula berasa mual beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya datang haid. Tetapi kebanyakan wanita tidak berasa loya sehinggalah kira-kira pada minggu ke-enam kehamilan walaupun ada sesetengah yang berasa mual lebih awal.


5. Kembung

Kembung adalah satu lagi tanda-tanda awal kehamilan. Ia mungkin sukar untuk membezakan antara kembung premenstrual dan kembung mengandung kerana PMS dan gejala kehamilan amat serupa. Walau bagaimanapun, gejala kehamilan adalah sering lebih teruk daripada PMS biasa. Kembung, seperti tanda-tanda lain di awal kehamilan adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Apabila progesteron dan tahap estrogen meningkat, lapisan rahim menebal membuat anda berasa lebih kembung. Perubahan hormon juga menyebabkan sistem pencernaan anda bergerak lebih lambat dan ini boleh menyebabkan kembung juga.


6. Sembelit atau cirit-birit

Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan anda menjadi lambat dan boleh menyebabkan sembelit. Vitamin prenatal boleh memburukkan keadaan ini kerana zat besi yang terkandung di dalamnya juga menyebabkan sembelit. Untuk merawat masalah ini anda perlu tingkatkan pengambilan fiber dan minum lebih banyak air. Walaubagaimanapun, ada pula sesetengah wanita mengalami masalah cirit-birit. 


7. Sakit Kepala 

Bukan semua wanita mempunyai masalah sakit kepala semasa mengandung, tetapi bagi sesetengah ini adalah petanda kehamilan. Sakit kepala semasa awal kehamilan dianggap disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan dalam jumlah darah wanita. Peningkatan mendadak dalam estrogen dan progesteron mungkin mencetuskan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Sakit kepala migrain, yang merupakan sejenis sakit kepala vaskular, mungkin hasil daripada peningkatan aliran darah seorang wanita semasa mengandung.


8. Sakit belakang 
Kekejangan sewaktu implantasi, kembung dan sembelit semua boleh menyebabkan sakit belakang semasa awal kehamilan. Bagi sesetengah wanita sakit belakang juga merupakan gejala prahaid. Rahim yang mengembang dan mengecut boleh menyebabkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyumbang kepada sakit belakang semasa awal kehamilan.


9. Tompokan darah

Sesetengah wanita berfikir bahawa tompokan darah sewaktu implantasi adalah petanda biasa awal kehamilan, tetapi sebenarnya hanya kira-kira 20-25 peratus wanita akan ada beberapa jenis pendarahan semasa mengandung. Tompokan darah semasa implantasi boleh menjadi tanda awal kehamilan. Biasanya, pendarahan implantasi adalah ringan dan berwarna coklat atau merah jambu. Tompokan darah ini selalunya terjadi 7-9 hari selepas ovulasi (jika anda tahu waktu ovulasi).

10. Peningkatan suhu badan

Untuk mengetahui sama ada suhu badan anda telah meningkat, anda perlu membuat catatan suhu badan sebelum ovulasi. Wanita yang menyimpan carta BBT mungkin dapat mengagak dia hamil hanya dengan melihat pada suhu pada carta itu. Selepas ovulasi, progesteron menyebabkan suhu wanita meningkat. Kadang-kadang seorang wanita akan melihat peningkatan suhu kali kedua selepas 7 hari berovulasi. Apabila ini berlaku, ia dipanggil carta triphasic. Carta triphasic boleh menjadi salah satu petunjuk tanda-tanda awal kehamilan.

11. Areolas (puting payudara) lebih gelap
 
Apabila anda melihat di cermin anda mungkin perasan bahawa areolas anda sudah bertukar menjadi warna yang lebih gelap. Selalu perubahan tidaklah begitu ketara di peringkat awal kehamilan tetapi bagi sesetengah wanita, warna areolas yang lebih gelap boleh dilihat tidak lama selepas konsepsi.


12. Keputihan 

Keputihan seseorang wanita boleh menjadi penanda arah dimana dia didalam kitaran haid beliau dan sama ada dia telah mengandung atau tidak. Biasanya, lendir serviks akan meningkat di sekitar ovulasi. Selepas ovulasi, lendir akan kering sehingga habis kitaran haid pada bulan tersebut. 

Apabila seorang wanita mengandung, paras estrogen yang meningkat menyebabkan lebih banyak lendir serviks dikeluarkan. Peningkatan dalam lendir serviks ini juga boleh menjadi tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita menggambarkan lendir serviks di awal kehamilan mereka sebagai berkrim seperti losyen atau berwarna kekuning-kuningan. Walau bagaimanapun, estrogen yang normal biasanya berubah-ubah yang tiada kena mengena dengan kehamilan juga boleh menyebabkan keputihan jadi ini bukanlah petunjuk terbaik kehamilan.

13. Perubahan mood 

Umumnya memang diketahui kebanyakan wanita akan berubah menjadi 'moody' sebelum haid bermula. Perubahan mood semasa kehamilan adalah lebih kurang tetapi lebih kepada menangis berbanding marah-marah; walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju. Jika anda rasa terlebih beremosi dan kerap menangis ini mungkin petanda awal kehamilan.
14. Kerap ke bilik air 

Kerap membuang air kecil adalah aduan terbesar di kalangan wanita hamil. Sesetengah wanita tidak mempunyai masalah dengan ini sehinggalah di akhir kehamilan, tetapi bagi kebanyakan wanita, kekerapan ke tandas adalah satu masalah. Jumlah darah anda yang meningkat secara mendadak semasa mengandung menyebabkan buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk memproses cecair yang bertambah tersebut dan menyebabkan anda perlu ke  bilik air dengan lebih kerap. Di samping itu, rahim anda yang berkembang dan berkembang memberi tekanan ke atas pundi kencing anda juga menyebabkan anda perlu membuang air kecil lebih kerap.


15. Deria bau lebih tajam

Adakah anda perasan bau sampah walaupun ia jauh dari anda? atau tidak tahan dengan bau ayam yang digoreng? Ini adalah satu perkara yang wanita mungkin perasan sebelum mereka menyedari bahawa mereka sedang hamil. Kami tidak pasti apa yang menyebabkan gejala ini tetapi ia mungkin mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap estrogen.


16. Mengelak(tidak suka) sesuatu makanan 

Wanita hamil dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Mengidam adalah gejalan mengandung yang diketahui umum, tetapi tidak semestinya salah satu petanda di awal kehamilan. Mengidam sebelum haid biasanya ialah salah satu dari simptom PMS. Wanita sering mengidamkan coklat atau gula-gula sebelum haid bermula. Mengelak makanan tertentu, biasanya bukanlah simptom PMS. Jika makanan tertentu tiba-tiba terasa agak pelik atau minuman pagi anda tidak lagi rasa menarik, ini boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan.


17. Dahaga melampau

Adakah anda rasa dahaga? Rasa dahaga bukanlah salah satu daripada petanda hamil yang anda biasa dengar tetapi ia adalah sesuatu ramai wanita yang perlu hadapi semasa mengandung. Mereka mungkin tidak sedar bahawa ia adalah satu petanda awal. Di awal kehamilan jumlah darah anda meningkat. Ini boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil tetapi ia juga boleh membuat anda berasa dahaga.

18. Apa yang perlu dilakukan? 

Jika anda sedang atau telah mengalami simptom-simptom awal kehamilan tetapi haid anda masih belum terlewat, anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan. 

Tanda-tanda awal, tidak kira berapa banyak dan bagaimana kuat pun mereka, tidak semestinya bermakna bahawa anda akan mendapat hasil yang positif - walaupun anda hamil. Ujian kehamilan di pasaran hari ini adalah sangat sensitif, tetapi lebih baik untuk menunggu sehingga haid anda lewat sebelum membuat ujian, tetapi jika anda teringin sangat untuk membuat ujian anda mungkin boleh mendapatkan keputusan positif seawal 4 hingga 5 hari sebelum haid, bergantung kepada apa ujian yang anda ambil.

Ok, ni18 tanda-tanda awal hamil.. macammana saiyang? rasa macam mengandung dah? kalau masih menunggu takpe.. kita hanya merancang Allah yang bagi rezeki kan. Sambil-sambil tunggu tu jom buat amalan untuk dapat zuriat. InsyaAllah.. :)

selain buat amalan jangan lupa untuk mencuba

 SET KESUBURAN SHAKLEE




Image result for set kesuburan shaklee



amal secara kosistant insyALLAH awak subur. 



sekian coretan mekfie~
semoga awak sume suka baca~
peace!


NAK ORDER SHAKLEE

WHATSUPP 0187944479


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Us Now!